Powered By Blogger

May 30, 2010

kenangan serta Al Fatihah

AlFatihah.Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh mak cik Rokiah,mak tiri aku.Bapak berkahwin dengan arwah selepas ibu kandung aku meninggal.Aku tak banyak mengenal arwah kerana masa itu aku bekerja diKL.

Walau apa pun dia tetap mak tiri ku,bekas isteri bapaku.Dia meninggal kerana sakit tua.Selepas bercerai dengan bapak dia berkahwin lagi dan menetap diKuala Nerang.Bapak meninggal beberapa tahun selepas bercerai dengan mak cik Rokiah.

Banyak kenangan aku dengan bapak.Dia manusia istimewa bagi aku.Tak pernah bersikap kasar dengan aku sepanjang aku ingat.Walau pun aku jarang berkomunikasi dengan nya kerana perawakan serious nya.Tapi aku sangat menghurmatinya.Tak pernah aku mengeluarkan perkataan yang mengguris hatinya.Al Fatihah untuk bapak dan mak.....semoga Allah redha dengan roh mereka dan mengampunkan segala dosa2 mereka serta tempatkan mereka berdua dalam aljannah.

Hari ini mama terbang ke Acheh.Aku kesempatan menghantar nya kerumah kawannya diTokai....Semoga kesan2 sunami dapat membangkitkan rasa insaf dan tawaduk kita sebagai insan yang lemah.Dunia ini adalah pentas lakunan...Mengenal Al Haq adalah langkah pertama untuk kesempurnaan insan dalam perjalanan kemakam Ibrahim.... (post asal dm blog lain pada Feb 02,2010)

No comments:

Post a Comment