Powered By Blogger

May 31, 2010

Dalam Air Terbayang Wajah



Birunya air tasik.Tenangnya tidak beriak...damainya hati sewaktu ditepian...titisan gerimis menggagalkan harapan........








Jauh pandangan jauh lagi renungan....

May 30, 2010

cinta ku

tak ada apa sangat nak tulis....keadaan macam biasa saja...nak kata ok,macam tak ok....Dalam dok menung2 tu aku teringat satu puisi yg aku tulis beberapa hari lalu....aku check diary aku...untuk hayati bersama aku muatkan puisi itu.....

Tak kenal maka tak cinta
sudah kenal tidak terkata
bisu untuk berbicara
sudah tahu siapa Dia..

Kalau dulu gundah gulana
tanpa matlamat tujuan cita2
bila cahaya sudah menjelma
lorong gelap menjadi nyata
bukan ghaib tapi ada....


Jumaat 9.1.09.
Puisi aku bagi nama CINTA KU.....
(posting asal dalam blog lain 22 jan 2009)

Perjalanan terakhir dan langkah bermula



Ibu mertua ku telah kembali kerahmatullah sabtu 19 dis 2009 jam 3.50 pagi.Perjalanan nya telah sampai ke titik nokhtah.Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.Semoga rohnya dikumpul bersama orang2 yang solehah.Sepanjang sebulan 7 hari dia menghuni hospital,pemergian nya telah kami jangka.Dah habis upaya manusia ketentuan Allah selebih nya.

Dalam pada itu aku mahu ucapkan TAHNIAH kepada Syifa dan Anis yang berjaya mencapai result yang baik dalam exam semesta mereka.Mudah2an mereka berdua akan kekal dengan kecermelangan tersebut.Buat diri ku,aku berbangga dengan mereka.Jadi lah anak yang baik dan sentiasa berbakti kepada ibu bapa.Jangan lalai dengan kejayaan dan ujian dunia.Pengajian tinggi,kerja besar,kehidupan mewah,isteri/suami cantik tidak sampai kemana kalau ibu dan bapa yang mendidik sejak tapak kaki 2 inci diabaikan.

Isteri/suami bolih meninggalkan kita bila2 masa kalau dia sudah bencikan kita,tetapi ibu bapa tidak akan meninggalkan kita walau apa keadaan pun terjadi kepada kita.Kebahagian sebenar adalah bila diredhai olih ibu bapa.Kredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.

Syifa dan Anis akan balik keU masing2 meneruskan pelajaran.Smesta lagi mereka akan ditabal sebagai siswazah insaallah.Itu detik bahagia aku dan mama nantikan.Detik itu selesailah tugas berat kami memberi didikan tinggi untuk mereka.Kehidupan berdikari akan bermula.Insaallah dengan doa kami,Allah akan berkati sepanjang perjalanan mereka...... (posting ini dari blog lain bertarkh

kenangan serta Al Fatihah

AlFatihah.Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh mak cik Rokiah,mak tiri aku.Bapak berkahwin dengan arwah selepas ibu kandung aku meninggal.Aku tak banyak mengenal arwah kerana masa itu aku bekerja diKL.

Walau apa pun dia tetap mak tiri ku,bekas isteri bapaku.Dia meninggal kerana sakit tua.Selepas bercerai dengan bapak dia berkahwin lagi dan menetap diKuala Nerang.Bapak meninggal beberapa tahun selepas bercerai dengan mak cik Rokiah.

Banyak kenangan aku dengan bapak.Dia manusia istimewa bagi aku.Tak pernah bersikap kasar dengan aku sepanjang aku ingat.Walau pun aku jarang berkomunikasi dengan nya kerana perawakan serious nya.Tapi aku sangat menghurmatinya.Tak pernah aku mengeluarkan perkataan yang mengguris hatinya.Al Fatihah untuk bapak dan mak.....semoga Allah redha dengan roh mereka dan mengampunkan segala dosa2 mereka serta tempatkan mereka berdua dalam aljannah.

Hari ini mama terbang ke Acheh.Aku kesempatan menghantar nya kerumah kawannya diTokai....Semoga kesan2 sunami dapat membangkitkan rasa insaf dan tawaduk kita sebagai insan yang lemah.Dunia ini adalah pentas lakunan...Mengenal Al Haq adalah langkah pertama untuk kesempurnaan insan dalam perjalanan kemakam Ibrahim.... (post asal dm blog lain pada Feb 02,2010)

suci otak

Alhamdulillah,syukur.Pagi ni hajat nak ke penang.Nak rehat.Nak releks.Kebetulan Adnin pun dah cuti,tak byk kerja nak buat.bleh rehat.Aku dah booked Nazar Hotel kemarin.Tp tak tau lokasinya.Kena cari....susah sikit tak pa,asalkan rate berpatutan sesuai dgn kelayakan org berpencen.Aku disana semalam saja.Esok ptg balik...Di penang byk tempat aku cadang nak pi.Nasi kandar pelita,pan nelayan restaurant,laksa padang kota dan lain2....Bye 73

MB Kedah Hadir Kenduri

Sedang dok makan kenduri rumah Dato' Arfanuddin,Tmn Malaysia,nampak MB sedang keluar rumah kenduri nak balik.

Breakfast bersama adik dan family







Alhamdulillah kelmarin pagi dapat jumpa adik dan keluarga.Kami bersama breakfast kat gerai sebelah Stadium Darulaman.Dah lama tak jumpa.Dia masih tinggal diBandar Baru Bangi lepas bersara.Last berjumpa masa kenduri kahwin anak lelakinya Saiful lebih 8 bulan lalu.Sempat bersembang dirumah di Taman Seri Permai,Jalan Langgar sebelah petangnya sambil makan bihun goreng yang disediakan xyl.

May 29, 2010

Eyeball Bulan May

Salam.
Alhamdulillah Majlis Tahlil dan Eyeball KSARC berjalan lancar dibase 9w2OSZ,Titi Gajah Kepala Batas.Disitu malam ini dapat bertemu banyak rakan2 baru yang sebelum ini audio saja yang berkumandang menceriakan ruang udara.

Semuga majlis malam ini akan mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan peminat ham khususnya ahli2 KSARC....sekian.....selamat malam....73.

May 26, 2010

Kemalangan simpang masuk Taman Permai,Jalan Langgar

Dah agak satu hari simpang masuk Taman Permai akan jadi simpang maut.Lebih kurang dua minggu lepas saya telah post hal ini dalam facebook.Hari ini menjadi kenyataan.Satu kemalangan antara kereta dengan motosikal berlaku dalam jam 1 petang lebih kurang.

Tak tau macam mana kesudahan mereka yang terlibat.Melihat kepada kenderaan yang remuk redam ditempat kejadian saya agak mereka terlibat mengalami kecederaan serious.

Pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu supaya kemalangan dapat dielakan pada masa hadapan dan pengguna jalan raya dapat memandu dengan selamat.

May 25, 2010

Kelab Nutrisi Herbalife

Disini lah tempat saya breakfast.Dengan segelas Herbalife bolih bertahan sehingga lunch.Enak,bersih dan bertenaga.

May 24, 2010

Eyeball Bulan May 2010

Majlis Tahlil dan Eyeball Bulanan

Tarikh:28 May 2010
Masa:8.30 mlm hingga 11.30 mlm
Lokasi:Base 9w2 OSZ
Taman Seri Jelapang,Titi Gajah,Alor Setar.

May 23, 2010

Nak mula langkah pertama

Segala2nya ready.Tunggu detik keramat untuk mula berqso.Nampak macam darah gemuruh.Cubaan...



May 22, 2010

Salam kontek perdana

Salam untuk semua sahabat ham, khasnya Persatuan Radio Amateur Kota Setar yang telah memberi kerjasama dan membimbing saya hingga dapat memperolihi "tauliah" untuk berterbangan diudara menemui rakan2 ham sekelian.

Buat sementara waktu saya akan menjadi pemerhati dan pendengar setia sehingga saya mampu berQSO dengan penuh disiplin seperti dituntut peraturan Radio Ameteur.

Salam sekali lagi dan 73 dari saya 9w2hkg.