Powered By Blogger

Jan 26, 2012

RAE

Tahniah kepada rakan2 yang lulus RAE yang diumum beberapa hari lalu.Semuga anda semua bolih meramaikan lagi udara kita ha ha ha.Kepada yang tidak bernasib baik cuba lagi jangan kecewa....bye 73.

Jan 4, 2012

2012

Salam semua.Selamat tahun baru 2012.Alhamdulillah kita masih bernafas.Kita bolih lagi melihat apa yang berlaku dialam maya ini.Setiap kita telah terbina azam baru.Bolih tercapai atau tidak itu bukan urusan kita.Kita merancang,kalau Allah izin ia pasti berlaku...kun fayakun...

Nov 5, 2011

Ziarah dan jumpa 9m2SQL

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Malam tadi terserempak dengan 9M2SQL dirumahnya Taman Anggerik Kulim.Selepas aku hadiri satu program diKulim Inn,teringat nak ziarah keluarganya.Kebetulan rumah keluarganya lebih kurang 2 km dari Kulim Inn.Dalam beberapa minit berada dirumah keluarganya,SQL sampai dirumah dari Bangi.Bercuti untuk berhari raya....

Bila berjumpa sama2 rakan ham,tajuk bersembang tidak lari dari hal ehwal radio.Sempat juga mendengar program kelabnya-MARES.Dan perkembangan mutakhir mengenai semak semula GUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA yang sedang dilakukan olih MCMC dengan kerjasama Kelab Kelab Radio Amateur yang terpilih.Kita tunggu perubahan dan penambahbaikan yang sedang diusahakan......73.

Jul 15, 2011

Radio Amatur diSek Men Naka

Tanggal Julai 4,2011






















Rakan2 sedang bekerja menjayakan aktiviti radio diSekolah Menengah Naka.

Jul 6, 2011

Durian













Sempena Isra' Mikraj aku dan keluarga dijemput olih 9w2RBY kedusunya Jalan Pedu Kuala Nerang makan durian dan lunch.....Tentu aku penuhi jemputan ini.Memang best makan durian yang baru gugur...manis lemak masih 100%...Thank u Pak Rashidi atas segala2nya....dari saya dan keluarga.Jumpa lagi musim akan datang...73.

Apr 27, 2011

Gelagat Rakan Ham

hooo panas,panas bagitulah iklim yang menyelimuti tubuh aku dan rakan2.Hampir rebah terkulai dengan sindiran rakan2 radio,yang tidak sehaluan dengan idea menubuhkan Kedah Hf Amateur Radio Club.Macam2 gelagat rakan2 kita.....Tapi semua itu tidak meluntur semangat rakan2 yang sangat2 berminat bermain HF.Apa pun depa kata, hasrat menubuh Kedah Hf tetap menjadi matlamat kita.

Antara sindiran paling tajam yang terdengar ditelinga, apabila ada rakan menyindir sampai di9m4RKG....ha3 ini sudah melampau.Sekalipun bagitu kita tetap tabah...sabar..dan mengharapkan ianya akan berubah suatu hari nanti.

Ujudnya Kedah Hf bukan mahu bermusuh dengan sesiapa.Isu bagini tidak langsung termaktub dalam sanubari pendukung2 Kedah Hf.Apakah rasional nya bermusuh sesama rakan kerana bermain radio?Kalau inilah kesudahan nya lebih baik tak payah mencebur diri dalam hobby ini...

Kita bolih cari hobby lain.Main layang2 ke,main gasing ke atau belayar ketengah lautan memancing saja ha ha ha...

Kedah Hf bergerak maju

27 April 2011 Rabu:Alhamdulillah, semua selesai...sebentar lagi J/Kuasa Penaja Kedah HF akan keROS untuk menerima sijil kelulusan Kedah HF Amateur Radio Club.

Sebenarnya ROS dah call Presiden Kedah HF, 9m2MZ untuk urusan tersebut.Olih kerana rakan2 lain yang akan turut serta QRL dengan tugasan masing2, urusan ini tidak dapat dilaksanakan.Apa pun semuanya dah beres, selesai,muktamad.Kini tiba masa untuk merancang dan merangka apa harus dibuat sebagai memenuhi tuntutan rakan2 HF sekitar Bandar Raya khasnya dan seluruh negeri ini.Berat nampaknya tugasan ini.Namun Kedah HF sudah pasti akan bergerak kehadapan dengan mantap bersama2 rakan2 yang berpengalaman......

Berita lanjut akan dipaparkan.