Sep 30, 2010

pamiran radio amatur kota setar






pamiran radio amatur kelab kota setar disekolah menengah kebangsaan bukit payung sempena hari kokurikulum hari ini.....berada dilokasi dengan kesibukan ialah 9w2BMR,9w2SBL,9w2CDP,9w2BDS,9w2ZUN dan kita jugak ada disitu HKG...
moga harmonic sekolah xyl 9m2Dan dapat sedikit ilmu radio amatur,pendedahan awal he he...
mungkin mereka yang berminat akan terus meminati hobby ini dan berusaha mendapat sayap untuk terbang bebas diudara....bye bye 73.

Sep 29, 2010

pemandangan indah seindah namanya



sungguh indah.tiada kata2 dapat mewarnai betapa indahnya.bagitulah keadaan pemandangan indah terletak dipertengahan lebuh raya timur barat.terpaku,terpegun dengan alam sekitar yang damai,dingin dan hembusan bayu sepoi2 bahasa..terkenang banyak nostalgia kalau mahu diungkapkan.namun biarlah ianya terbenam digaung banjaran titiwangsa...
ianya akan kita lalui lagi untuk mengimbau nostalgia lampau....73.

Sep 28, 2010

warna warni seorang peminat radiao amatur

minggu lepas 20 hingga 23 sept berportable di kota bharu.xyl ada tugasan disana.aku dan adnin tidak ketinggalan turut sama.Heh....banyak perubahan negeri cek mek molek tu...

pembangunan ketara benar...syabas tok guru.masih mampu membangun kelantan walaupun ongkos tadbir negeri tidak semewah negeri2 lain...

selama berada di sana dapat berjumpa beberapa rakan ham......meriah jugak 9m4RDA pancaran meliputi kota bharu...he he he aku tak berdaya memancar lama kerana bahasa memisahkan.....

thank u cgu md daud 9w2PKO yang bersusah payah menjamu aku makan dan membawa aku ronda2 sekitar bandaraya kota bharu waktu malam....he he he menghiburkan.jumpa lagi cgu md daud suatu hari nanti.....73.