Mar 13, 2011

Club Hf

Baru balik KL,dua malam disana menziarah adik baru keluar HUKM.Kini nampak beransur pulih.Didoakan semuga diberi kesihatan yang afiat.

Dalam masa kalut kesana sini,tambahan pulak cuti sekolah,harmonic kecil tu nak kena layan.Ibu nya pun tak lupa he he....

Balik saja base kerja2 sedang menanti.Semakan perlembagaan Kelab HF Komuniti dan logonya perlu dibereskan minggu ini.Lepas tu akan kemukakan kepada ROS untuk pendaftaran.Cerewet juga kerja ni,tapi untuk kebaikan bersama kerja2 ni perlu siap dengan sempurna.

Terima kasih banyak2 kepada rakan2 semua yang memahami.Kepada 9m2Mz,9w2AZE,9w2DI,9w2KMF,9w2SBL,9w2PCS dan lain2 yang tak dapat disebut disini terima kasih khusus kerana sudi bersama club ini.....jumpa lagi salam 73.

Mar 1, 2011

QRL...

salam untuk semua rakan2 yang dapat mencapai blog ini.lama tak dapat berkunjung blog sendiri.aneh he he.apa pun hari ini ada sedikit waktu untuk menjenguk dan mengemaskinikan apa yang patut.

memang diakui bulan2 yang berlalu qrl sungguh kita.kita jadi ayah dan kita jugak jadi ibu.geli jugak rasanya tapi itu hakikat.xyl keout station sebulan kerana tugasan panel temuduga pegawai2 jabatan nya.jadi tugasnya kita yang ambil alih.seronok jugak sekali sekala.kalau kerap macam ni he he he kena pakai portable one la nampaknya.....

akhir qalam selamat segala2nya...eratkan hubungan kita sesama ham dimana jua berada.jumpa lagi 73.