Powered By Blogger

Oct 26, 2010

eyeball dibase 9w2HKG

25 oktober 2010 jam 9 malam mini eyeball diadakan di base kita.kita menjemput beberapa rakan yang berkelapangan hadir.antaranya 9w2AZE bapak presiden kelab radio amatur daerah kota setar,9m2DAN,9w2SBL,9w2TZU,9w2OSZ,9w2KMF dan9w2PCS dari lokalan perlis...

sambil minum2 menikmati juadah ringan kita berbual berkaitan dunia radio amatur dan aktibiti radio amatur khusus dinegeri kedah.banyak manfaat bertemu bagini...disamping menimba ilmu dapat pula mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan radio amatur.....majlis bubar sekitar 12 malam...73.

Oct 25, 2010

base antenna 9w2hkg



















pada 23 oktober 2010 kerja2 menaikan antena base kita dilakukan olih rakan2 ham lokalan alor setar dan pokok sena.diketuai pencipta menara kecil ini 9w2pcs...alhamdulillah semuanya berjalan lancar.






















Oct 16, 2010

9M2MZ






kunjungan pak long marzuki(9m2MZ) kebase pak aziz(9w2AZE) pagi khamis 14 oktober banyak manfaat.walaupun tak dirancang sejak awal.kunjungan pak long membuka peluang beberapa rakan ham menimba sedikit sebanyak ilmu mengenai antena dari beliau...
semoga satu bengkel antena yang proper dapat difikir2kan olih kelab radio amatur kota setar untuk ahli2 seluruhnya..tq pak long...73.

Oct 15, 2010

f23...




terima kasih rakan2 yang telah membantu menaikan antena dibase kita hari ini.semoga jasa baik anda akan terpahat dihati kita selama2nya..antara rakan2 yang hadir..9m2DAN,9w2KCS,9w2KMF,9w2SBL,9w2MNN,9w2HHT,9w2OSZ,9w2ZKG dan beberapa rakan lagi yang kita lupa callsign nya....maaf diatas kelalaian dan kelemahan kita...apa pun terima kasih daun keladi.....73.

Oct 10, 2010

my sifu

menatap gambar ini kita rasa lega.....9w2aze@pak aziz@my sifu ada lah personaliti yang banyak membantu aku mengenali dunia amateur radio...
nota2nya,klas rae anjuran ksarc pimpinan nya dan sembang2 belajar dengan nya melengkapkan aku dengan ilmu dibidang ini.walaupun masih banyak kekurangan.

Hari ini 10.10.10 beliau sekali lagi berjumpa doktor pakar di hospital sultanah bahiyah untuk menentukan temujanji seterusnya...apa yang akan dilakukan keatas beliau tak qsl lah aku....yang aku bolih contribute untuk pak aziz@my sifu ialah doa semoga segala2nya berjalan lancar insya allah....73.

Oct 8, 2010

eyeball hari jadi

selamat hari jadi rakan ku 9w2SBL.....semakin berumur semakin matang.itulah sunnah Allah.selamat berbahagia dunia dan akhirat.moga hari2 akan datang lebih baik dari hari ini....

ujian dan dugaan akan datang silih berganti...suka atau tidak, semua itu akan menjengah dalam pusingan hidup kita.

sebagai ingatan ukhwah antara kita beberapa rakan ham bereyeball malam tadi 7 okt 10 di pokok sena...hadir sama SHD,ZPS,KCS,HKG dan rakan SWAL ujang....happy birthday Own SBL...73.

Oct 7, 2010

tahniah tahniah tahniah



6 okt 10 tercatat satu lagi kenangan.anis dianugerah ijazah bachelor of engineering(hons) in networking systems UniKL.penganugerahan diadakan di dewan pelinary Pusat Konvensyen Antara Bangsa Putra Jaya.Penat lelah selama 4 tahun berhasil jugak akhirnya....tahniah dari abah dan semua keluarga 73.

Oct 2, 2010

eyeball hari raya









eyeball sempena hari raya aidil fitri anjuran kota star amateur radio club diadakan di old village homestay jalan tok kumbar malam ini 1 oktober 2010.ha ha....ramai rakan2 ham mendekati 50 station menghadirkan diri.namun bapak presiden kelab 9W2AZE tak dapat bersama atas keuzuran yang agak lama belum pulih.
73


Sep 30, 2010

pamiran radio amatur kota setar






pamiran radio amatur kelab kota setar disekolah menengah kebangsaan bukit payung sempena hari kokurikulum hari ini.....berada dilokasi dengan kesibukan ialah 9w2BMR,9w2SBL,9w2CDP,9w2BDS,9w2ZUN dan kita jugak ada disitu HKG...
moga harmonic sekolah xyl 9m2Dan dapat sedikit ilmu radio amatur,pendedahan awal he he...
mungkin mereka yang berminat akan terus meminati hobby ini dan berusaha mendapat sayap untuk terbang bebas diudara....bye bye 73.

Sep 29, 2010

pemandangan indah seindah namanya



sungguh indah.tiada kata2 dapat mewarnai betapa indahnya.bagitulah keadaan pemandangan indah terletak dipertengahan lebuh raya timur barat.terpaku,terpegun dengan alam sekitar yang damai,dingin dan hembusan bayu sepoi2 bahasa..terkenang banyak nostalgia kalau mahu diungkapkan.namun biarlah ianya terbenam digaung banjaran titiwangsa...
ianya akan kita lalui lagi untuk mengimbau nostalgia lampau....73.

Sep 28, 2010

warna warni seorang peminat radiao amatur

minggu lepas 20 hingga 23 sept berportable di kota bharu.xyl ada tugasan disana.aku dan adnin tidak ketinggalan turut sama.Heh....banyak perubahan negeri cek mek molek tu...

pembangunan ketara benar...syabas tok guru.masih mampu membangun kelantan walaupun ongkos tadbir negeri tidak semewah negeri2 lain...

selama berada di sana dapat berjumpa beberapa rakan ham......meriah jugak 9m4RDA pancaran meliputi kota bharu...he he he aku tak berdaya memancar lama kerana bahasa memisahkan.....

thank u cgu md daud 9w2PKO yang bersusah payah menjamu aku makan dan membawa aku ronda2 sekitar bandaraya kota bharu waktu malam....he he he menghiburkan.jumpa lagi cgu md daud suatu hari nanti.....73.

Aug 12, 2010

hari kedua posa

Hari kedua puasa....... orang utara kata posa....apa pun kedua2nya bermaksud sama.Harmonic aku darjah satu jugak posa.Dia mula posa masa berumur 6 tahun.Bukan sekerat hari tapi posa penuh....29 atau 30 hari bulan ramadhan.

Syukur alhamdulillah keran Allah kurniakan zuriat sejak kecil lagi mentaati perintah Allah.....

Macam biasa sebelah petang berduyun2 muslimin dan muslmat membanjiri pasar ramadhan....ha...tak menang tangan kata orang utara membimbit juadah...itulah budaya orang melayu menghayati ramadhan....73.

Jul 10, 2010

pulut durian sik












menunai jemputan jalan2 cari makan kenduri pulut durian lokalan sik pada 9.7.10 hari jumaat.makanan disediakan mengancam...aku,pak aziz(AZE) xyl dan harmonic hadir memeriahkan majlis.

terima kasih pak rahim 9w2RT yang bertindak sebagai tuan rumah...tq tq so much 73.









Jul 4, 2010

Alfatihah

Takziah 9w2aoa dan keluarga kerana kembalinya kerahmatullah ayahanda mertua anda semalam 3 julai 10.Bersabarlah menghadapi qodo dan qadar Yang Maha Esa.Kita berdoa kepada Nya moga diampunkan segala dosa dan ditempatkan aruah bersama orang2 yang sholeh....amin.

Saya terkilan tidak dapat bersama mengunjung jenazah semalam kerana keuzuran diri.Walau bagaimana pun hati saya tetap bersama anda dan keluarga merasai kehilangan orang yang disayangi.

Jun 29, 2010

Al Fatihah

Berita menyanyat hati diterima melalui radio amatur kota setar.Adinda kepada 9w2lkt cgu khairul salleh b ahmad kembali kerahmatullah 4.45 ptg lebih kurang dihospital sultanah bahiyah alor setar.

Punca kematian akibat terjatuh.....

Rakan2 ham turut bersama di jabatan forensik hospital menunggu jenayah antaranya 9w2bds,9w2tzu,9w2brm,9w2aoa,9w2usf,9w2hkg,9w2osz....

Doa semuga ruhnya mendapat tempat bersama orang2 sholeh...amin.Takziah kepada 9w2lkt dan seluruh keluarga atas kehilangan orang yang disayang....

Jun 17, 2010

bercuti di kilo lima


kuala lumpur 10 jun:bercuti di kl sekali sekala seronok jugak.biar pun sebuk dengan manusia dan kenderaan.tapi banyak perkara bolih buat,tidak seperti disini.
aku suka naik lrt untuk kedestinasi.kereta simpan dihotel.itu cara senang bergerak di kl.

adnin tidak melepas peluang mencari bahan bacaan.apa lagi cerita pasai upin dan ipin jadi kesukaan nya...mesti beli punya.


sampai di sogo adnin disambut mesra olih pak badut.hadiah istimewa diterima dari pak badut.dulu kalau nampak badut lari lintang pukang.sekarang dah ok....



letih berjalan,jamu selera pulak.restoran nasi kandaq berahimsha jalan tuanku abd rahman jadi sasaran.dah kenyang cari tempat berehat sambil melayan telepon.gendang gendut tali kecapi,kenyang perut senang hati.

Jun 16, 2010

Tahniah Anis



Alhamdulillah...syukur kejayaan cemerlang Anis.Penat lelah ada ganjaran.Jangan lupa hadapan masih banyak ranjau.Tekad dan istiqamah membawa kejayaan.

Abah puas hati dengan pointer yang Anis perolihi.Jumpa 17 Julai ni....macam mana Cork?Sleeping Club masih perlu member?Hai...hai...

Tahniah Syifa


Alhamdulillah result final sem Uitm anakanda Syifa cemerlang.Hari ini aku terima email dan surat tawaran PhD mulai Julai 17.Syukur usaha gigihnya dapat ganjaran dari Allah.
Apa pun kami sekeluarga sangat bersyukur dan gembira atas anugerah ini.Selamat berjaya dan mimpikan masa depan cemerlang.

Jun 7, 2010

Profail sahabat


inilah sahabat lama saya.ahmad razali,QTH Teluk Intan hospital.
mula persahabatan kami di Gerik,Perak 1992.menjadi housemate.banyak sekali jasa pada saya.Tuhan saja yang dapat beri ganjaran.
Kerjaya dihospital Teluk Intan, Penyelia tabung darah.Punyai seorang isteri dan 2 anak.

Jun 6, 2010

Taman Permai Bt 3 Jalan Langgar Parlimen Pokok Sena



Alor Setar: Ahad 6 Jun,Banjir lagi.Penduduk sudah jemu merayu.Kepada JKR,Bandar raya,JPS dan MP Pokok Sena.Masalah sekecil ini menjadi bola.Ditolak kesana ditolak kesini.Tiada kesudahan.
Hari ini banjir datang lagi.Penduduk merayu lagi.Mungkinkah akan berakhir apabila pilihan raya ke13 tiba.
Jawapan ditangan kita........



Jun 5, 2010

sehari semalam bersantai


sejenak bersantai destinasi pertama.....bukit merah




semoga bahagia kekal abadi@kemunting





disamping keluarga rakan@kemunting


lama tidak bersua bertentang mata/eyeball@kemunting


enak berselera nasi minyak pengikat kasih@kemunting


alhamdulillah rezeki Allah baik dan barakah@kemunting















zoo Taiping

Jun 3, 2010

Guru saya



Inilah wajah guru saya.Kegigihan menghidup klas Rae membantu saya dan xyl lulus Rae.Syukur.

Insaallah banyak lagi kena belajar.......






9w2aze(pak aziz)

May 31, 2010

Dalam Air Terbayang Wajah



Birunya air tasik.Tenangnya tidak beriak...damainya hati sewaktu ditepian...titisan gerimis menggagalkan harapan........








Jauh pandangan jauh lagi renungan....