Powered By Blogger

Aug 12, 2010

hari kedua posa

Hari kedua puasa....... orang utara kata posa....apa pun kedua2nya bermaksud sama.Harmonic aku darjah satu jugak posa.Dia mula posa masa berumur 6 tahun.Bukan sekerat hari tapi posa penuh....29 atau 30 hari bulan ramadhan.

Syukur alhamdulillah keran Allah kurniakan zuriat sejak kecil lagi mentaati perintah Allah.....

Macam biasa sebelah petang berduyun2 muslimin dan muslmat membanjiri pasar ramadhan....ha...tak menang tangan kata orang utara membimbit juadah...itulah budaya orang melayu menghayati ramadhan....73.

Jul 10, 2010

pulut durian sik












menunai jemputan jalan2 cari makan kenduri pulut durian lokalan sik pada 9.7.10 hari jumaat.makanan disediakan mengancam...aku,pak aziz(AZE) xyl dan harmonic hadir memeriahkan majlis.

terima kasih pak rahim 9w2RT yang bertindak sebagai tuan rumah...tq tq so much 73.









Jul 4, 2010

Alfatihah

Takziah 9w2aoa dan keluarga kerana kembalinya kerahmatullah ayahanda mertua anda semalam 3 julai 10.Bersabarlah menghadapi qodo dan qadar Yang Maha Esa.Kita berdoa kepada Nya moga diampunkan segala dosa dan ditempatkan aruah bersama orang2 yang sholeh....amin.

Saya terkilan tidak dapat bersama mengunjung jenazah semalam kerana keuzuran diri.Walau bagaimana pun hati saya tetap bersama anda dan keluarga merasai kehilangan orang yang disayangi.

Jun 29, 2010

Al Fatihah

Berita menyanyat hati diterima melalui radio amatur kota setar.Adinda kepada 9w2lkt cgu khairul salleh b ahmad kembali kerahmatullah 4.45 ptg lebih kurang dihospital sultanah bahiyah alor setar.

Punca kematian akibat terjatuh.....

Rakan2 ham turut bersama di jabatan forensik hospital menunggu jenayah antaranya 9w2bds,9w2tzu,9w2brm,9w2aoa,9w2usf,9w2hkg,9w2osz....

Doa semuga ruhnya mendapat tempat bersama orang2 sholeh...amin.Takziah kepada 9w2lkt dan seluruh keluarga atas kehilangan orang yang disayang....

Jun 17, 2010

bercuti di kilo lima


kuala lumpur 10 jun:bercuti di kl sekali sekala seronok jugak.biar pun sebuk dengan manusia dan kenderaan.tapi banyak perkara bolih buat,tidak seperti disini.
aku suka naik lrt untuk kedestinasi.kereta simpan dihotel.itu cara senang bergerak di kl.

adnin tidak melepas peluang mencari bahan bacaan.apa lagi cerita pasai upin dan ipin jadi kesukaan nya...mesti beli punya.


sampai di sogo adnin disambut mesra olih pak badut.hadiah istimewa diterima dari pak badut.dulu kalau nampak badut lari lintang pukang.sekarang dah ok....



letih berjalan,jamu selera pulak.restoran nasi kandaq berahimsha jalan tuanku abd rahman jadi sasaran.dah kenyang cari tempat berehat sambil melayan telepon.gendang gendut tali kecapi,kenyang perut senang hati.

Jun 16, 2010

Tahniah Anis



Alhamdulillah...syukur kejayaan cemerlang Anis.Penat lelah ada ganjaran.Jangan lupa hadapan masih banyak ranjau.Tekad dan istiqamah membawa kejayaan.

Abah puas hati dengan pointer yang Anis perolihi.Jumpa 17 Julai ni....macam mana Cork?Sleeping Club masih perlu member?Hai...hai...

Tahniah Syifa


Alhamdulillah result final sem Uitm anakanda Syifa cemerlang.Hari ini aku terima email dan surat tawaran PhD mulai Julai 17.Syukur usaha gigihnya dapat ganjaran dari Allah.
Apa pun kami sekeluarga sangat bersyukur dan gembira atas anugerah ini.Selamat berjaya dan mimpikan masa depan cemerlang.