Powered By Blogger

Oct 10, 2010

my sifu

menatap gambar ini kita rasa lega.....9w2aze@pak aziz@my sifu ada lah personaliti yang banyak membantu aku mengenali dunia amateur radio...
nota2nya,klas rae anjuran ksarc pimpinan nya dan sembang2 belajar dengan nya melengkapkan aku dengan ilmu dibidang ini.walaupun masih banyak kekurangan.

Hari ini 10.10.10 beliau sekali lagi berjumpa doktor pakar di hospital sultanah bahiyah untuk menentukan temujanji seterusnya...apa yang akan dilakukan keatas beliau tak qsl lah aku....yang aku bolih contribute untuk pak aziz@my sifu ialah doa semoga segala2nya berjalan lancar insya allah....73.

Oct 8, 2010

eyeball hari jadi

selamat hari jadi rakan ku 9w2SBL.....semakin berumur semakin matang.itulah sunnah Allah.selamat berbahagia dunia dan akhirat.moga hari2 akan datang lebih baik dari hari ini....

ujian dan dugaan akan datang silih berganti...suka atau tidak, semua itu akan menjengah dalam pusingan hidup kita.

sebagai ingatan ukhwah antara kita beberapa rakan ham bereyeball malam tadi 7 okt 10 di pokok sena...hadir sama SHD,ZPS,KCS,HKG dan rakan SWAL ujang....happy birthday Own SBL...73.

Oct 7, 2010

tahniah tahniah tahniah



6 okt 10 tercatat satu lagi kenangan.anis dianugerah ijazah bachelor of engineering(hons) in networking systems UniKL.penganugerahan diadakan di dewan pelinary Pusat Konvensyen Antara Bangsa Putra Jaya.Penat lelah selama 4 tahun berhasil jugak akhirnya....tahniah dari abah dan semua keluarga 73.

Oct 2, 2010

eyeball hari raya









eyeball sempena hari raya aidil fitri anjuran kota star amateur radio club diadakan di old village homestay jalan tok kumbar malam ini 1 oktober 2010.ha ha....ramai rakan2 ham mendekati 50 station menghadirkan diri.namun bapak presiden kelab 9W2AZE tak dapat bersama atas keuzuran yang agak lama belum pulih.
73


Sep 30, 2010

pamiran radio amatur kota setar






pamiran radio amatur kelab kota setar disekolah menengah kebangsaan bukit payung sempena hari kokurikulum hari ini.....berada dilokasi dengan kesibukan ialah 9w2BMR,9w2SBL,9w2CDP,9w2BDS,9w2ZUN dan kita jugak ada disitu HKG...
moga harmonic sekolah xyl 9m2Dan dapat sedikit ilmu radio amatur,pendedahan awal he he...
mungkin mereka yang berminat akan terus meminati hobby ini dan berusaha mendapat sayap untuk terbang bebas diudara....bye bye 73.

Sep 29, 2010

pemandangan indah seindah namanya



sungguh indah.tiada kata2 dapat mewarnai betapa indahnya.bagitulah keadaan pemandangan indah terletak dipertengahan lebuh raya timur barat.terpaku,terpegun dengan alam sekitar yang damai,dingin dan hembusan bayu sepoi2 bahasa..terkenang banyak nostalgia kalau mahu diungkapkan.namun biarlah ianya terbenam digaung banjaran titiwangsa...
ianya akan kita lalui lagi untuk mengimbau nostalgia lampau....73.

Sep 28, 2010

warna warni seorang peminat radiao amatur

minggu lepas 20 hingga 23 sept berportable di kota bharu.xyl ada tugasan disana.aku dan adnin tidak ketinggalan turut sama.Heh....banyak perubahan negeri cek mek molek tu...

pembangunan ketara benar...syabas tok guru.masih mampu membangun kelantan walaupun ongkos tadbir negeri tidak semewah negeri2 lain...

selama berada di sana dapat berjumpa beberapa rakan ham......meriah jugak 9m4RDA pancaran meliputi kota bharu...he he he aku tak berdaya memancar lama kerana bahasa memisahkan.....

thank u cgu md daud 9w2PKO yang bersusah payah menjamu aku makan dan membawa aku ronda2 sekitar bandaraya kota bharu waktu malam....he he he menghiburkan.jumpa lagi cgu md daud suatu hari nanti.....73.