Powered By Blogger

Apr 27, 2011

Gelagat Rakan Ham

hooo panas,panas bagitulah iklim yang menyelimuti tubuh aku dan rakan2.Hampir rebah terkulai dengan sindiran rakan2 radio,yang tidak sehaluan dengan idea menubuhkan Kedah Hf Amateur Radio Club.Macam2 gelagat rakan2 kita.....Tapi semua itu tidak meluntur semangat rakan2 yang sangat2 berminat bermain HF.Apa pun depa kata, hasrat menubuh Kedah Hf tetap menjadi matlamat kita.

Antara sindiran paling tajam yang terdengar ditelinga, apabila ada rakan menyindir sampai di9m4RKG....ha3 ini sudah melampau.Sekalipun bagitu kita tetap tabah...sabar..dan mengharapkan ianya akan berubah suatu hari nanti.

Ujudnya Kedah Hf bukan mahu bermusuh dengan sesiapa.Isu bagini tidak langsung termaktub dalam sanubari pendukung2 Kedah Hf.Apakah rasional nya bermusuh sesama rakan kerana bermain radio?Kalau inilah kesudahan nya lebih baik tak payah mencebur diri dalam hobby ini...

Kita bolih cari hobby lain.Main layang2 ke,main gasing ke atau belayar ketengah lautan memancing saja ha ha ha...

Kedah Hf bergerak maju

27 April 2011 Rabu:Alhamdulillah, semua selesai...sebentar lagi J/Kuasa Penaja Kedah HF akan keROS untuk menerima sijil kelulusan Kedah HF Amateur Radio Club.

Sebenarnya ROS dah call Presiden Kedah HF, 9m2MZ untuk urusan tersebut.Olih kerana rakan2 lain yang akan turut serta QRL dengan tugasan masing2, urusan ini tidak dapat dilaksanakan.Apa pun semuanya dah beres, selesai,muktamad.Kini tiba masa untuk merancang dan merangka apa harus dibuat sebagai memenuhi tuntutan rakan2 HF sekitar Bandar Raya khasnya dan seluruh negeri ini.Berat nampaknya tugasan ini.Namun Kedah HF sudah pasti akan bergerak kehadapan dengan mantap bersama2 rakan2 yang berpengalaman......

Berita lanjut akan dipaparkan.

Apr 17, 2011

Hobby ku

Salam kepada semua rakan2 yang mencapai posting ini.He3 macam biasa kita sihat.Alhamdulillah.Beberapa aktibiti radio amatur berlaku sekitar utara dalam beberapa hari ini.Mesyuarat Agung ASTRA diKangar, Perlis.Pamiran radio amatur Kota Setar atas jemputan Proton yang mempamirkan kenderaan proton masa kini selama 4 hari dari 14 hingga 17 april 2011,diperkarangan Stadium Darul Aman.

Seronok dapat berjumpa rakan2 yang sehobby berkumpul ramai2.

Pagi ni xyl meninggalkan kita.Nasib badan .Kesedihan ini terpaksa dilalui juga buat beberapa hari kerana tugas resminya diMiri Sarawak.Apa pun BN menang PRU ke 10 Sarawak semalam.Mimpi ngeri TS Taib kehilangan 16 kerusi dewan undangan negeri.PRU ke13 bila pulak ya.....satu tekaan..

Jumpa lagi 73.